Friday 21 June 2013

Kesian Rumah Abang Sedare aku yg Terbakar (sinar harian)


PARIT - Ubah suai rumah baru dilakukan tidak sampai setahun, namun malang tidak berbau apabila ianya musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Itulah nasib malang yang menimpa keluarga Mohd Kasri Mohd Arif, 28, yang tinggal di Kampung Changkat Banjar, Parit.

Mohd Kasri berkata, kebakaran berkenaan berlaku pada jam 12.10 tengah malam apabila keluarganya sedang tidur.

Menurutnya, ketika kejadian, isterinya, Ashikin Kamaruddin, 22, tiba-tiba terhidu bau asap yang kuat dari dalam rumah dan mengejutkannya untuk memeriksa bau asap berkenaan.

“Apabila saya keluar dari bilik tidur, saya dapati bilik di bahagian hadapan terbakar.

“Saya yang agak panik segera mengambil sebaldi air dan menyimbah kawasan berkenaan, namun tidak berkesan apabila api terus marak membakar rumah itu,” katanya.

Bimbang dengan keadaan itu, Mohd Kasri segera mengarahkan ahli keluarga termasuk adik ipar yang tidur di ruang tamu keluar dari rumah dengan segera.

“Kami hanya mampu menyelamatkan diri sahaja, api marak cepat, tiada siapa berani masuk semula, segala harta benda musnah dalam kebakaran ini,” katanya.

Mohd Kasri yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun berkata, dia sedih apabila kehilangan rumah berkenaan yang baru sahaja diubah suai.

“Pada asalnya rumah ini rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan diserahkan kepada saya oleh ahli keluarga yang lain.

“Saya mengumpul duit sedikit demi sedikit hasil kerja menoreh dan mengambil upah di ladang sawit serta pinjaman Amanah Ikhtiar akhirnya dapat mengubah suai rumah ini termasuklah membuat bilik air baru serta dapur yang dahulunya sudah rosak teruk.

“Namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila rumah ini hangus dalam kebakaran,” katanya.

Namun dia tetap bersyukur kerana ahli keluarganya selamat dalam kejadian berkenaan.

“Sekarang saya terpaksa menumpang rumah ayah dahulu sehingga mendapat bantuan kerana saya sendiri sudah tidak mampu untuk membina kembali rumah ini.

“Saya harap bantuan rumah baru ini dapat dipercepatkan memandangkan kami sekeluarga amat memerlukannya,” katanya.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit dibantu enam anggota dari Balai Seri Iskandar tiba di tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 12.24 malam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Parit berkata, ketika tiba, api sudah merebak ke seluruh bahagian rumah yang diperbuat daripada kayu dan batu.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, operasi ditamatkan pada jam 1.51 pagi, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Monday 15 April 2013

Monday 8 April 2013

sToRy (hantu)


Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu..So, bila dah tersedar, aku keluar dari dorm then berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu pasai apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi.

So, lepas jalan jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Then, selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.

Then, after few minutes macam tu, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seoalah olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.

Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi foot step ni dah masuk dalam dorm aku. Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot..tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat. time tu, bdan aku mula terketar, mata dipejam rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil. Fuuhhh.

Lebih kurang 10 minit jugak katil aku dogoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega jugaklah, tapi tak lama lepas tu, aku kedengaran seperti orang tarik besi di koridor sebelah tingkap. Takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah. Bunyinya jelas kedengaran, makin lama, makin kuat, then end up, aku terdengar bunyi orang menembak dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh..

Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang azan dan alarm jam member. Rasa lega tahu.

Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu adalah tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok dekat dengan bilik band ( orang kata, bilik ni banyak kisah hantu ), akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.

Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih rau ragu dengan cerita sebenar. Bila aku tanya adik ( adik aku bersekolah di sekolah aku dulu ) pasal ganguan tu, dia kata, member dia pernah kena.

Hmmmm.

Cerita anda bagaimana pula?

Aku ada baca fact yang dok kata :



" Kalau kita sedar di awal pagi, pukul 2 - 4 secara tiba tiba, ada kemungkinan "someone" yang sedang memerhatikan kita ".

Tak tahu betul ke tak fakta ni.

Assalamualaikum.

Sunday 7 April 2013

mse gi laut ngan family best x terhingga me(kiri)
ayie(tengah) kamirulnaim (kanan) dan yg belakang tu semua my family
dan comment sikit kt gambar ni.. :)

Friday 5 April 2013

@fiq cOOl


 …BISMILLAHIRAMANIRAHIM… ASSALAMUALAIKUM....

Salam buat semua pembaca blog saya..pada 15hb niew,sy bru create sebuah blog yg linknyew iqmalcool.blogspot.com ..Sebagai pengenalan diri,sy ingin dikenali sebagai Afiq..well…Afiq dilahirkn di Ipoh,Perak…Afiq berasal dr keluarga yg kecil..Afiq dew baba,Afiq dew mama,Afiq dew 1 org kakak.. dan 1 adik..afiq masih berlajar di sekolah SMK ISKANDAR SHAHAfiq ni serng yg pemalu sikit tape bukan serang yang tak menegur menegur tetapi pada org yg x  sombng kerw owkey.....Afiq mengucapkn selamat dtg ke blog Afiq dn tima ksh cz sdi luangkn mse tok bce blog afiq